PERTANDINGAN MEMANCING JORANRIA FC VENTURE 22/5/2011 BAGAN AJAM BUTTERWORTH
Photobucket

Laman Utama

TEKNIK MEMANCING UDANG GALAH


Peralatan

1. Joran dan Kekili untuk memancing udang biarlah jenis ringan. Joran halus sebaiknya dalam 4 1/2 kaki panjang dan Kekili tidaklah perlu besar.
2. Tali Utama seeloknya antara 10 - 15 paun manakala perambut pula antara 6 � 8 paun.
3. Saiz batu ladung kebiasaannya antara no: 5 � 6. Saiz batu ladung yang kecil boleh digunakan ketika arus sungai bergerak perlahan.
4. Beberapa jenama mata kail kecil boleh digunakan tetapi biasanya ialah antara no: 7 � 10 menjadi pilihan utama. Adakalanya pemancing suka menggunakan mata kail buatan sendiri.


 

Umpan

Udang sebenarnya tidak memilih makanan/umpan, tetapi pemancing mesti juga memikirkan ketahanan umpan dimata kail, antaranya cacing, perumpun, udang kecil, isi ikan. Namun pilihan utama tetap cacing tanah kerana berkaitan rapat dengan bentuk badannya dimata kail dan kesesuaian satu-satu lubuk udang tersebut.


Cara Memancing (dari atas sampan)

1. Untuk memancing diatas sampan, paling sesuai dan selesa ialah 2 orang untuk sebuah sampan sepanjang 12 � 16 kaki.
2. Lima batang joran seorang adalah bertepatan dan jika ada yang baru belajar mereka bolehlah bermula dengan 2 �3 batang dulu. Tidak menghairankan ada yang menggunakan lebih dari itu jika ia mampu mengawal kesemuanya.
3. Susunan joran diatas sampan semasa memancing juga penting mengikut aturan yang betul seperti joran 1 dilontar jauh, diikuti joran 2 dekat sedikit dan begitulah seterusnya hingga joran terakhir dihulur saja bawah sampan. Ini semua dapat mengelakkan dari berbelit sesama sendiri.
4. Melontar umpan sehingga umpan/batu ladung menjejaki dasar sungai, kemudian mengarau tali ibu dikekili sehingga tegang. Seterusnya diletakkan joran ditepi sampan tanpa dipegang dengan tangan dan tunggu.
5. Jika sudah pasti udang telah menelan umpan(dgn. Melihat henjutan dihujung joran) lakukan sentapan yang lembut atau terus mengarau tali. Disinilah debaran dada si pemancing udang dapat dirasai dengan henjutan udang samada berjaya atau sebaliknya untuk didaratkan.


Makluman

1. Isyarat udang memakan umpan adalah tidak sama mengikut keadaan.
2. Kadang kala udang memakan umpan tanpa menunjukkan sebarang gerakan.
3. Ada pula yang menyambar dengan kasar seperti ikan.
4. Ada yang menarik umpan dengan keadaan separuh malu.
5. Sambaran yang kecil dan perlahan tidak semestinya udang kecil dan sambaran yang kasar dan kuat tidak semestinya udang besar. (jangan terkejut) jawapan akan diketahui diseparuh perjalanan udang semasa hendak dinaikkan.


Mencari Lubuk

1. Perhatikan kawasan yang mempunyai banyak makanan (buangan) serta kawasan yang senang udang bersembunyi.
2. Kawasan berteluk berarus sederhana laju.
3. Kawasan yang mudah tersangkut yang terdapat banyak ranting-ranting pokok serta akar-akar pokok didalam air.
4. Memandangkan jadual air berubah setiap hari, kedudukan udang juga begitu, adakalanya udang galah suka bermain ditengah sungai terutama bila air bergerak sederhana laju.


Panduan

1. Ketika memancing udang, sikap malas jangan diamalkan. Umpan perlu selalu diperiksa dimata kail. Caranya selepas 5 minit umpan dilabuhkan dan tidak ada sebarang isyarat, perlulah mengangkat joran untuk mempastikan sama ada ia tersangkut atau pun sudah memperolehi udang.
2. Jika selepas 15 minit masih tiada isyarat udang, ini bermakna kawasan tersebut tidak sesuai untuk pancingan udang dan perlu beredar ke tempat lain.
3. Musim tengkujuh adalah musim yang tidak sesuai memancing udang kerana paras air yang terlalu tinggi, aliran air yang deras serta cuaca/air yang sejuk.
4. Masa paling sesuai ialah ketika musim panas 4 �5 hari tanpa hujan, air sungai menjadi suam tika itu udang galah keluar mencari makan.
5. Gangguan spt. Anak-anak ikan, dan sebagainya adalah cabaran dalam menahan kesabaran.
6. Penggunaan sauh diperlukan jika ingin memancing ditengah sungai.
7. Jika sungai kecil (hulu) tali boleh direntang didalam usaha mencari lubuk udang.


Peringatan

1. Pertuturan harus dijaga.
2. Elakkan membuang makanan spt. Daging dikawasan pancing udang.
3. Mata dan telinga sentiasa berwaspada kerana kebiasaan lubuk udang dikongsi bersama oleh sang bedal.
4. Sering memberi kerjasama sesama rakan-rakan.
5. Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan disudahi dengan Alhamdulillah.



"SELAMAT MEMANCING"

DIARI MEMANCING JORANRIA FC VENTURE KARNIVAL MEMANCING 2010


KARNIVAL MEMANCING 2010

JORANRIA FC VENTURE
TARIKH : 4 JULAI 2010
MASA : 9.00 PG - 1.00 PTG
LOKASI : PANTAI BAN PECAH,
KUALA SUNGAI BURONG,
TANJONG PIANDANG, PERAK .

JUARA : RM 4,000 + HADIAH IRINGAN
KEDUA : RM 2,000 + HADIAH IRINGAN
KETIGA : RM 1,000 + HADIAH IRINGAN
KE 4 : RM 200 + HADIAH IRINGAN
KE 5 HINGGA KE 7 : RM 80 + HADIAH IRINGAN
KE 8 HINGGA KE 10 : RM 50 + HADIAH IRINGAN
KE 11 HINGGA KE 15 : RM 30 + HADIAH IRINGAN

20 CABUTAN BERTUAH

YURAN PENYERTAAN
1 JORAN RM 40.00 (2 MATA KAIL)

"T-SHIRT UNTUK 100 PESERTA TERAWAL"

Pertanyaan dan Keterangan : AJ 012-4676766
atau hubungi :
Shaiful : 017-4311316
Alif : 018-4688248
Rizal : 013-4900895

DIARI MEMANCING JORANRIA FC VENTURE KARNIVAL MEMANCING 2010

DIARI MEMANCING JORANRIA FC VENTURE
KARNIVAL MEMANCING 2010

JORANRIA FC VENTURE
Pertandingan Memancing 2010
14 November 2010 AHAD
Pantai Ban Pecah Sg Baru,Jln Pantai K.Kurau
Yuran RM45
Juara RM5000
Ke2 RM2000
Ke3 1000
Ke4-Ke16 Wang Tunai+Saguhati
15 Cabutan Bertuah Brgn Elektrik
Istimewa Cabutan Bonanza
2 Set Brgn Pancing & Tv LCD 32" Samsung
T-Shirt 150 TERAWAL
Infoline:
AJ 012-4676766
Sham 017 4183712 Taiping
Fizi 017 4166703 Tg Piandang
Alif 018 4688248 Png/Kdh
Che Am 017 4311316 Png/Kdh

TARIKH : 27 JUN 2010
MASA : 9.00 PG - 1.00 PTG
LOKASI : KG. SUNGAI BARU BYRAM,
14300 NIBONG TEBAL
SEBERANG PERAI SELATAN, PULAU PINANG.

JUARA : RM 3,000 + HADIAH IRINGAN
KEDUA : RM 2,000 + HADIAH IRINGAN
KETIGA : RM 1,000 + HADIAH IRINGAN
KE 4 : RM 150 + HADIAH IRINGAN
KE 5 HINGGA KE 7 : RM 80 + HADIAH IRINGAN
KE 8 HINGGA KE 10 : RM 50 + HADIAH IRINGAN
KE 11 HINGGA KE 15 : RM 30 + HADIAH IRINGAN
20 CABUTAN BERTUAH

YURAN PENYERTAAN
1 JORAN RM 35.00 (2 MATA KAIL)

"T-SHIRT UNTUK 100 PESERTA TERAWAL"

Pertanyaan dan Keterangan : AJ 012-4676766
atau hubungi :
Shaiful : 017-4311316
Alif : 018-4688248
Rizal : 013-4900895

Karnival Pantai 1 Bagan,Pertandingan Memancing Terbuka 2011


TARIKH :22 MEI 2011(AHAD)
MASA:9.30AM-1.30PM
TEMPAT:R&R BAGAN AJAM BUTTERWORTH PULAU PINANG
YURAN PENYERTAAN: 1 JORAN RM80.00 (2 Mata Kail)
PENDAFTARAN SECARA ON-LINE (BANK IN) JUGA DITERIMA
157102542306 (MAYBANK) SHAIFUL AMRY
………..JUARA………..
RM13,000.00+IRINGAN
KE-2 RM 4,000.00+IRINGAN
KE-3 RM 2,000.00+IRINGAN
KE-4 & KE-5  RM400 + IRINGAN
KE-  6 Hingga 10 = RM250 + IRINGAN
KE-11 Hingga 20 = RM150 + IRINGAN
KE-21 Hingga 30 = RM  80 + IRINGAN

CABUTAN BERTUAH
COOLER BOX & BARANGAN ELEKTRIK
DAN BANYAK LAGI AKAN DIMENANGI


PIHAK PENGANJUR MENYEDIAKAN PELBAGAI
AKTIVITI YANG MENARIK.DI SEPANJANG KARNIVAL INI.
PARA PESERTA DIALU-ALUKAN MENBAWA AHLI KELUARGA
BERSAMA BAGI MEMERIAHKAN ACARA KARNIVAL INI.
ACARA YANG DISEDIAKAN:
Pertandingan melukis dan mewarna.
Pertandingan tarik tali.
Pertandingan bola tampar pantai.
Pertandingan mencari harta karun.
Line Dancing,Tai Chi,Che Kung.
Pemeriksaan kesihatan percuma.
DAN Lain-lain aktiviti menarik menanti pengunjung.
Pendaftaran Memancing Sahaja Akan
Dibuka Pada 25 April
Sehingga 22 Mei 2011(Pagi Pertandingan)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...